Gambar di atas menunjukkan guru-guru Sekolah Kebangsaan Jejawi sedang khusuk mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh seorang pensyarah yang terkenal daripada Universiti Utara Malaysia. Beliau adalah Tuan Haji Ismail Mustafa. Tajuk ceramah beliau adalah Pengurusan Masa Dan Perubahan yang perlu dibuat
Antara isi penting ceramah beliau adalah:
- Setiap guru harus mahu berubah.Kalau ada kemahuan baru adalah peningkatan
- Sikap kita yang akan menentukan tindakan kita
- Kita harus berubah daripada reaktif kepada proaktif
- Guru harus ada perancangan jangka pendek dan jangka panjang
No comments:
Post a Comment